Title: Ini?...
Tags: Ini?
Blog Entry: Shalom! Biar aku memperkenalkan diri aku terlebih dahulu.... Okeyh!...Aku Si XOXcatXOX and I'm 18 Years old dis year.In a few months...dengan izin Tuhan aku akan ke University Teknologi Mara kat Kota Samarahan..semoga tiada apa yang menjadi halangan aku untuk ke sana dan berada di sana for another 6 years.... Aku suka mendengar semua jenis muzik preferably dari GMB-especially lagu The Best Is Yet To Come...how I wish dis guys can do a concert in Miri.... Aku anak kedua dari 5 orang adik beradik dan perempuan bongsu dalam keluarga. Kakak aku dah kahwin-jadi jangan mimpi nak tackle kakak aku.. Kalau aku...aku masih mencari pasangan tetapi aku mahu yang kekal hingga akhir hayat dan bukannya bercinta-putus..bercinta lagi...then putus...tak maulah....! Buang karen aje...... Dalam hidup...tujuan aku cuma satu...memberi kepuasan dan kasih sayang yang melimpah -limpah kepada kedua orang tuaku hingga akhir hayat mereka..kerana aku percaya dengan cara itu juga aku mampu memberi pelayanan kepada Tuhan .... ..yelaaa...tak semestinya kita membuat pelayanan di gereja baru diberkati Tuhan... Ada banyak cara dalam hidup untuk kita memberi pelayanan kepada Tuhan.Kalau melakukan satu persatu terlebih dahulu juga sudah menggembirakan Tuhan bukan?.... Sungguh pun aku belum dibaptis tapi kini sudah 3 tahun aku mencari jalan yang betul dan ikhlas untuk menjadi anak Tuhan dan boleh dipanggil anak Tuhan...kerana aku mahu melayan Dia dengan segenap jiwa dan ragaku.... Biar apa pun yang berlaku dalam hidup,aku akan sentiasa mengingati Tuhan ....ever so much.... Setelah begitu banyak perkara yang berlaku dalam hidupku kini aku sedar hidup tak seharusnya dipikul sendirian.... kerana Tuhan ada bersama ku tak kira di mana dan biarpun aku melakukan dosa ..Dia tetap memandangku dengan pandangan yang tajam dan amarah...Ampuni dosaku ya Bapa.... Iyala...this is the starter...ok..aku nak tengok movie-Secret lok....daaa.....
VIEW FULL VERSION: Link