7 mac 08, sy terjaga dari tidur yang nyenyak kerana terlalu sejuk. Bangun untuk memperlahankan kipas, saya terpanggil untuk melihat ke luar jendela. Jam di hanpon pukul 5.30 pagi, matahari belum lagi keluar memancarkan cahayanya. Apabila menoleh kembali ke luar jendela, saya hilang arah apabila terlihat seekor anjing berkepala manusia. Ianya sedang menuruni tangga di hadapan bilik ini. Langsung tidak memandangku, ia turun terus. Seperti sedang memberikan suatu petanda...
Perasaan takut tiba-tiba menguasai jiwa apabila menyedari yang saya lihat bukanlah suatu yang biasa. Saya terus meluru ke atas katil sambil menyambar selimut dan lekas menutupi seluruh badan. KETAKUTAN menyelubungi segenap perasaan. Hanya menanti matahari keluar...menyinarkan cahaya.
Tags: Tolong Saya