Welcome Guest Login or Signup
LIVE CHAT | INSTANT MESSENGER | BOOKMARK
| LANGUAGE:

BLOGS   WRITE NEW BLOG   EDIT BLOGS  
 
RSS
Penolong Yang Tidak Kelihatan
Posted On 08/13/2008 09:12:33 by Aaddryya

Aku tidak akan sekali-kali meninggalkan engkau!

Janji itu menjadi pegangan dan kekuatan kepada saya setiap hari. I believe that He will always there for me! Tahun ini sebenarnya merupakan tahun yang sangat menguji saya. Early this year, my beloved mother leave me forever. Memang menyakitkan..The hardest part is, i don't even have a chance to say goodbye to her..

Waktu itu, saya sedang menghadiri kebaktian di gereja. Kira-kira jam 10.30pagi saya mendapat beberapa panggilan dari rumah. Saya malah tidak mempedulikan panggilan tersebut kerana saat itu, seorang hamba Tuhan sedang memberikan kesaksian tentang Yesus Penguasa Tunggal. Actually, sharing tersebut sangat memberkati dan meenegur saya secara peribadi. Hamba Tuhan itu ada mengatakan bahawa dia sangat mengasihi ayahnya, malah berpuasa setiap hari rabu untuk ayahnya.Sehinggalah ia belajar tentang Yesus Penguasa Tunggal. ia mengambil keputusan untuk menyerahkan semuanya kepada Yesus. Dia biarkan Tuhan mengatur dan menjaga segala-galanya untuknya. Malah saat dia berkata bahawa perkara yang kita anggap baik itu sebenarnya boleh menjadi penghalang dalam persekutuan kita dengan Allah. Saat itu, saya sedar bahawa saya juga seperti dia. Walaupun, saya tidak pernah berpuasa untu ibu saya tetapi setiap hari saya sering risau dan takut akan keadaan ibu saya. Dalam doa seharian saya pasti saya minta untuk ibu saya disembuhkan. Tetapi saya lupa untuk menyerahkan segalanya bagi DIA! Saya lupa untuk bertanya apa yang DIA mahu untuk saya lakukan!

Sejak beberapa tahun, saya diburu perasaan takut dan risau tentang kondisi kesihatan ibu saya yang semakin tidak menentu. Ya, saya takut untuk kehilangan dia. Saya takut untuk hidup tanpa dia..Namun, saat saya mendengarkan sharing tersebut, saya berkata kepada Tuhan "Bapa, sudah tiba masanya untuk saya menyerahkan segalanya padaMu. You Know what is the best for her.." Saat saya mengatakan saya menyerahkan segalanya kepadaNya, saya rasakan satu beban yang sangat berat terlepas dari bahu saya. Perasaan saya malah sangat tenang saat itu.

Dan, DIA tahu benar apa yang terbaik untuk ibu saya, kira-kira jam 12 tengah hari saya mendapat satu lagi panggilan daripada kakak saya. Dia mengatakan saya perlu balik dengan segera. Ketika itu, kebaktian baru sahaja selesai. Saat itu, saya sedar sesuatu yang buruk sedang berlaku di rumah. Apa yang ada dalam fikiran saat itu hanya memikirkan tentang ibu saya. "It must be her"..Namun, saya tidak mahu bertanya kenapa saya perlu balik. Saya malah tidak mahu berfikir apapun kemungkinan yang sedang berlaku ketika itu walaupun saya tahu apa yang saya risaukan itu mungkin benar-benar terjadi!

Sekali lagi saya mendapat panggilan from my cousin. Then she said.."mom can't wait for you anymore"..Saya hampir tersungkur jatuh mendengar berita tersebut. I cried but only for a few minutes. Saya katakan kepada diri saya bahawa Allah akan menolong dan He will bring me back home. Kalau diikutkan hati mahu sahaja saya menangis semahu-mahunya saat itu tetapi ternyata saya tidak berupaya untuk menangis lagi. I told God to help me. Malahan sepanjang perjalanan menuju ke lapangan terbang sehingga samapai ke rumah, saya hanya mampu meminta tolong kepada Tuhan supaya saya tidak akan menangis dan menolong saya supaya saya tetap kuat.

Allah benar-benar ada saat itu. Walaupun saya tidak dapat melihatNya, saya dapat rasakan pertolongan dan kekuatan luarbiasa diberikanNya. Dan, semua orang hairan kenapa saya malah tidak menangis sedikitpun setibanya di rumah. Saya sendiri tidak mengerti kenapa itu berlaku. Sedangkan sebelum ini, memikirkan kemungkinan (ibu 'pergi') saja saya sudah tidak dapat menahan diri. Saya akui, sebenarnya saya masih tidak biasa dengan keadaan ini. Malahan sehingga kini, perasaan rindu dan rasa kehilangan itu masih terasa. Malah ada masa-masanya saya sangat cemburu melihat rakan-rakan lain yang masih punya ibu. Melihat mereka bersama ibu mereka membuat hati benar-benar saya sangat sedih. tapi saya tahu bahawa DIA ada untuk saya. Dan itu sudah cukup membuat saya rasa bahagia.

Saya bersyukur kerana melalui pengalaman inilah saya belajar untuk berpegang kepada janji-janji Tuhan. Saya sentiasa percaya bahawa setiap perkara yang berlaku itu pasti ada alasannya tersendiri. Meski kenyataan itu tidak pernah seindah apa yang kita impikan, tetapi percayalah Allah tidak pernah akan meninggalkan kita. Yang penting kita belajar untuk menyerahkan segala kepada Tuhan. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Semoga Tuhan Memberkati. Amen.

Tags: Jesus Loves You



Bookmark:



Viewing 1 - 2 out of 2 Comments

08/19/2008 09:13:21

Tuhan Yesus Memberkati saudari..

biarlah Tuhan Allah kita yang menjawab sesuai dengan kehendaknya...karena smua pasti indah pada waktunya... 

saya jg mengalami hal yg serupa (dimana kita merasa kerinduan tertentu dengan orang yang paling kita sayangi)

tapi  saya kembali di kuatkan olh kasih karunia Tuhan juga...

smoga sukses untuk masa depan setiap anak Tuhan.

amen:) 



08/15/2008 23:02:54
thanks for sharing...:)

renungan yang sangat membangun...




*** www.AkuPercaya.com ***
Powered by phpFoX Version 1.6
FREE FORUM HOSTING - JAPANESE BAGS